(GAMBAR) Kemalangan Ngeri Ragut Nyawa Tiga Sahabat

By | October 27, 2012

Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan selepas tercampak dari kenderaan dinaiki sebelum mayatnya ditemui dalam semak, kira-kira 10 meter dari kenderaannya di Kilometer 104.6, Lebuhraya Pantai-Timur, Lanchang, dekat Temerloh, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.58 pagi itu, mayat Low Yee Yam, 34, dari Lorong Dato Yusof Shahbudin, Taman Mewah Jaya, Klang, Selangor ditemui maut dalam semak oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lanchang.

Dua lagi rakannya, pemandu, Gan Kai Lun dari Kampung Baru Kerdau, dekat sini, bersama penumpang depan Tan Teh Kang dari Pekan Kerdau, dekat sini, masing-masing berusia 26 tahun turut terbunuh di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Zundin Mahmood, berkata sebelum kejadian, tiga sahabat terbabit menaiki sebuah Proton Wira dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur dari Temerloh sebelum terbabas melanggar penghadang besi.

Menurutnya, akibat rempuhan berkenaan, kenderaan dinaiki mangsa dipercayai berpusing beberapa kali sebelum melintang di tengah jalan.

Incoming search terms:

Author: Ali Wowberita

Ali merupakan salah seorang penulis di Wowberita.org. Mula menulis sejak 2011 sehingga sekarang. Seorang pemegang ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM Shah Alam.

Leave a Reply