(GAMBAR) Kate Middleton Bertudung Di Malaysia

(GAMBAR) Kate Middleton Bertudung Di Malaysia

Pasangan diraja Putera William dan Kate Middleton dibawa melawat Masjid Assyakirin di KLCC sebagai sebahagian program jelajah pasangan diraja berkenaan sempena sambutan Jubli Intan, menandakan 60 tahun pemerintahan Ratu Elizabeth.

Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah penampilan Kate dalam lawatan mesra itu seperti mengimbas kembali memori mendiang ibu mertuanya, Puteri Diana sewaktu 20 tahun yang lalu.

Kate tampil memakai gaun berwarna kelabu cair dengan memakai selendang sewaktu masuk ke dalam masjid di bandaraya Kuala Lumpur itu.

Penampilan Kate itu ternyata sama dengan penampilan mendiang Puteri Diana sewaktu ibu mertuanya itu mengadakan lawatan ke sebuah Masjid di Egypt pada tahun 1992.

Kate juga jelas menunjukkan rasa hormat dan sensitiviti umat Islam sama seperti yang ditunjukkan oleh mendiang Puteri Diana.

Jadi, tidak hairanlah media-media Britain seperti Dailymail.co.uk mengatakan, Kate mempunyai ciri-ciri seperti mendiang Puteri Diana terutama sewaktu mengenakan tudung di Masjid Assyakirin itu.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published.