Gambar perkahwinan atau pernikahan Saharul Ridzwan dan Qabilaa Deena Emir pada 16 September 2016. Dengan sekali lafaz Saharul Ridzwan Hashim, 27, sah bergelar suami kepada Qabilaa Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya tepat 9.00 pagi Jumaat. Pada majlis itu, Saharul Ridzwan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 beserta lima dulang dan dibalas dengan tujuh dulang daripada pihak perempuan. Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan di Dewan Sri Siantan, Putrajaya pada petang Jumaat. Terdahulu, Saharul dan Deena mula berkenalan empat tahun lalu dan Januari tahun ini mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Gambar Kahwin Saharul Ridzwan & Deena Emir 16.9.2016

LEAVE A REPLY