(GAMBAR) Inikah model Sedan terbaru PERODUA..??

By | October 10, 2012

Dengar-dengarnya, Perodua kini dalam proses persetujuan untuk menghasilkan model sedan pertamanya, yang diinspirasikan dari kereta konsep ciptaan Perodua!

Kereta konsep yang disebut-sebut itu, pernah ditayangkan ketika berlangsungnya Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2010 di PWTC tahun lalu, tidak lain dan tidak bukan, Perodua Bezza!

Dalam persetujuan dan perubahan pada Dasar Automotif Negara (NAP), berkemungkinan Perodua akan dibenarkan menghasilkan kenderaan dengan enjin berkuasa 1.6L sehingga 1.8L. Sehingga kini, Perodua hanya mempunyai kebenaran menghasilkan kenderaan dengan enjin tidak lebih dari 1.5L.

Jika benar, tidak mustahil kita dapat melihat model Perodua Sedan baru akan dilancarkan seawal permulaan tahun 2013.

Incoming search terms:

Author: Ali Wowberita

Ali merupakan salah seorang penulis di Wowberita.org. Mula menulis sejak 2011 sehingga sekarang. Seorang pemegang ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM Shah Alam.

Leave a Reply