Gambar harga dan spesifikasi telefon Nokia 3310 model baru 2017. Telefon lagenda Nokia 3310 dilancarkan secara rasmi pada Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) di Barcelona semalam. Menurut laporan, Nokia 3310 2017 akan dilengkapi dengan paparan skrin berwarna. Selain itu ia turut didatangkan dengan skrin yang lebih besar berbanding edisi sebelumnya dan lebih ringan berbanding versi lama. Bateri telefon itu tahan selama sebulan dalam mod standby dan 22 jam untuk masa berbual. Bagaimanapun, telefon Nokia 3310 model baru ini tidak akan dikendalikan oleh sistem pengoperasian Android. Harga Nokia 3310 model 2017 ditetapkan pada harga sekitar RM280.

Harga Rasmi Telefon Nokia 3310 Baru 2017

  • RM 230

Spesifikasi Telefon Nokia 3310 2017

  • Nokia 3310 2017 bukanlah sebuah peranti pintar. Sebaliknya ianya sebuah telefon mudah alih biasa. Oleh sebab itu ia mempunyai tahap ketahanan bateri luar biasa sehingga 30 hari dan masa bercakap sehingga 22 jam.
  • Dari segi rekaan ia masih mengekalkan rekaan klasik Nokia 3310 dengan sentuhan moden.
  • Perubahan dilakukan dari segi saiz skrin yang lebih besar dan kini berwarna.
  • Susunan butang masih lagi sama seperti dahulu dan permainan klasik Snake turut disertakan.
  • Skrin 2.4″ berwarna dipadankan dengan storan 16 Megabyte dengan sokongan kad MikroSD sehingga 32 Gigabyte.
  • Sebuah kamera 2-Megapixel turut disertakan pada panel belakang.
  • Empat pilihan warna diberikan iaitu merah, kuning, kelabu dan biru.
  • Tidak seperti peranti moden, ia hanya menyokong rangkai 2G.

Gambar Rasmi Telefon Nokia 3310 2017

Video Promosi Telefon Nokia 3310 2017

LEAVE A REPLY