Terhimpit dengan kontroversi gambar bogel yang didakwa sebagai dirinya dan pelakon, Atikah Suhaime, Idris Khan dalam satu muatnaik gambar di Instagram bagai meluahkan perasaan terhadap apa yang menimpa dirinya itu.

Tidak memberikan kata putus sama ada gambar yang tersebar itu adalah dirinya atau tidak, pelakon lelaki ini seperti memberi bayangan seperti ada penganiayaan berlaku dalam satu perenggan ayat luahan hatinya itu.

“Biarkan kami menjadi bukti di atas setiap penganiayaan. Biarkan kami persembah erti sebenar kesetiaan persahabatan. Ingatlah rezeki itu datang bukan dari manusia, tetapi dari maha yang Esa,” jelasnya di laman sosial itu.

Selain itu, dalam antara luahannya yang lain adalah mengenai kesabarannya dalam menghadapi dugaan selain memuji kebesaran tuhan yang maha Esa.

Manakala bagi peminat setia Idris, mereka sentiasa memberi galakan dan juga dorongan kepada pelakon ini agar terus kuat dalam menghadapi dugaan yang mendatang.

LEAVE A REPLY