Memuatnaik detik detik sebelum majlis aqiqah putera sulung mereka berlangsung, Nad Zainal dan suami turut berkongsikan gambar Fahad Ibrahim di laman sosial.

Majlis yang turut dihadiri saudara terdekat itu diadakan dalam suasana yang cukup meriah.

Majlis yang berlangsung di ibu kota itu juga turut dihadiri rakan selebriti seperti Sharifah Shahirah, Jihan Muse, Misha Omar dan ramai lagi.

Malah Fahad selaku insan yang diraikan turut mengenakan baju Melayu, menaikkan lagi majlis yang bertemakan dengan warna putih suci. Comel betul.

Cahaya mata sulung pasangan itu juga selamat dilahirkan 14 Oktober lalu (2016) melalui pembedahan Caesar. Fahad seringkali menghiasi ruang sosial media Nad dan juga suami dengan caption mengusik hati.

Bagi memenuhi masa anda di waktu cuti hari ini, kami kongsikan kepada anda beberapa keping gambar menarik sepanjang majlis berlangsung.

LEAVE A REPLY