Gadis Diperkosa 7 Orang Bergilir-Gilir

By | February 11, 2014

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun melalui detik hitam dalam hidupnya selepas diperkosa secara bergilir-gilir dipercayai lebih tujuh lelaki dalam kejadian di sebuah hotel murah di Cheras.

Difahamkan, remaja terbabit dianiaya oleh dua rakan lelaki yang membawanya ke hotel berkenaan selepas mangsa tidak sedarkan diri dipercayai diberi minuman keras.

Sumber berkata, dalam kejadian malam Jumaat lalu, mangsa bersama seorang rakan perempuannya dibawa keluar oleh dua lelaki yang juga rakannya ke sebuah kelab malam di ibu kota jam 12 tengah malam.

Sumber berkata, mangsa yang mengalami kecederaan ringan akibat dipukul dan diperkosa suspek kemudiannya tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Incoming search terms:

Author: Ali Wowberita

Ali merupakan salah seorang penulis di Wowberita.org. Mula menulis sejak 2011 sehingga sekarang. Seorang pemegang ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM Shah Alam.

Leave a Reply