KUALA LUMPUR — Gadis yang dijadikan objek kempen parti politik pembangkang, berasa bengang berikutan penularan fotonya di media sosial.

Foto Aida Azira, 19, digunakan dalam poster kempen menyokong calon yang menggunakan logo PKR dan tertera “Bang…Pilih Biru Muda Saja Tau Bukan Bini Muda”.

Beliau kesal kerana ahli politik mengambil kesempatan dengan menyalahgunakan fotonya hingga tular dan “masuk surat khabar”.

“Ingat aku bangga ke muka aku pampang depan depan surat khabar untuk raih undi korang?” katanya melalui akaun Twitter @aidaazirx.

“Suka suka hati kau nak guna gambar aku. Sumpah aku tak halalkan…”

Mengakui tertekan, beliau juga malu apabila dia menerima banyak kiriman foto tersebut daripada pelbagai aplikasi media sosial.

“Mula mula aku sabar ea PKR. Tapi setiap kali orang send (hantar) benda itu dekat aku. Aku rasa annoying (terganggu) malu pun ada,” katanya, turut bercadang membuat laporan polis.

Semalam, seorang penyelia kilang Amran Nordin, 43, membuat laporan polis selepas wajahnya digunakan dalam poster palsu berkaitan pemberian 5,000 baju dalam.

Poster itu asalnya kempen penyelaras BN Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said untuk acara 5,000 cermin mata percuma sebelum dipalsukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here