Tahniah diucapkan kepada pasangan Shaheizy Sam dan juga Syatilla Melvin kerana bakal menimang cahaya mata sulung. Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Sam kepada Kosmo! Online namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

“Ya, memang benar isteri saya sedang hamil. Ini merupakan berita gembira dan saya tidak mahu menyembunyikan daripada orang sekeliling. Namun, saya tidak boleh dedahkan usia kandungan kerana masih terlalu awal”

“Saya bersyukur dengan rezeki yang diberikan dan doakan yang terbaik buat kami berdua,” jelasnya sambil memberitahu perkara berkenaan hanya diketahuinya selepas membuat pemeriksaan kehamilan di hospital dua minggu lalu.

Sebelum ini, pasangan ini sering diasak tentang soal cahaya mata namun Sam menjelaskan bahawa kurniaan anak tersebut adalah rezeki daripada Tuhan dan menyerahkan perkara tersebut kepada-Nya.

LEAVE A REPLY