Filem Hantu Bonceng Mempersendakan Agama Islam?

By | September 6, 2011

Filem Hantu Bonceng memang dapat pujian ramai. Kalau sesiapa yang follow twitter Juliana Evans memang tahu la sebab ramai yang ucap tahniah dekat dia pasal filem ni. Dah capai RM 5 juta untuk 5 hari tayangan. Tapi sekarang timbul pulak komen komen negatif. Filem Hantu Bonceng dikatakan menghina agama Islam. Part mane yang hina islam? Jom tengok..

citer ni banyak hina agama islam..wat lawak x beringat..main-main ngan azan..g masjid pakai baju death note yg ade lambang salib tu..ada scene mengucap xhabis..agak2 la wat lawak pown..aku terasa ngan citer ni..sal x sensitif ngan agama ISLAM,tambah2 lagi pelakon dan pengarah nya org ISLAM…ada ke bogel depan hantu kalu jumpe..ni tahyul ****w name nya..org baca la ayat kursi ke hape..nt jawab la esok2 kat akhirat…time tu baru tau lawak ke x..

Terhenti sejenak kami membaca kata-kata di atas. Ada betul jugak katanya. Mungkin lawak yang digunakan keterlaluan dan secara tak langsung mempersendakan hukum Islam. Apa pendapat anda yang sudah menonton filem ini?

Incoming search terms:

22 thoughts on “Filem Hantu Bonceng Mempersendakan Agama Islam?

  1. lame

    kita kena befikir secara terbuka sikit. pengarah filem ni bukannya kurang cerdik nk keluarkn cerita yg memburukkan atau mempersenda agama sendiri, malahan movie ini dibuat semata-mata utk hiburan. Dia(pengarah) bkn suka2 nk buang duit, kita yg kena ubah cara kita berfikir. Jgn biar benda2 negatif yg ada fikir memberi kesan kepada anda. Cuba tgk dunia kat luar sana, ramai yg mempersendakn agama islam, xkn kita nk gaduh sebab kesalahan2 mereka, kita buat xtau je la. Let say, org ejek nama bapa kamu masa zaman persekolahan dulu, kalau kamu diam dn buat x tau mesti org itu akan berhenti mengejek, tapi kalau kamu marah die, die akan mengulangi perbuatannye tu kn..so angap je filem ini sebagai hiburan dn bukan utk mencemarkn nama baik apa2 agama atau individu.tq

    Reply
    1. nisa

      salam…if btul filem nie ade mempersendakan soal agama n kite yg tonton pun mendiamkan diri tanpa bersuara tu adalah tindakan yg tak wajar..dgn bersuara mungkin bole menyedarkan org lain especially pengarah citer nie..so that he wont repeat the same mistake…sekadar peringatan untuk diri sendiri dan org ramai..

      Reply
      1. Ali Wowberita Post author

        sbb ramai yang tak perasan yang scene tu menghina agama. tgk pada genre movie pun komedi kan. asyik sgt duk gelak mane nk perasan. haha :)

        Reply
        1. realiti ja

          gelak sbb keliling kiri kanan setan duk ada..smpai hina agama suma dh x perasan

          Reply
    2. YUKIE

      kurang cerdik@jahil..BUKAN ALASAN UTK MEMPERSENDAKAN AGAMA…bila dh decide nk bt filem o drama..kaji laa..xkan laa malas benar nk kaji..klo dh jahil o kurang cerdik

      kita kritik supaya benda ni jd pengajaran utk suma pgrah film nt…isu org laen mmpersendakan agama islam..mcm kt luar ngra tu..diluar jangkauan kita utk tegur..

      bila benda dh jd depan mata..n kita sniri ada kuasa utk tegur mcm kritik via media o wutever it is…so WE HAVE TO!!!

      hiburan mmg hiburan~
      takkan laa mempersenda agama tu hiburan(?)
      MAIN2KAN AZAN…HIBURAN KEWWWWWW~~?

      Reply
      1. YUKIE

        *TAMBAHAN~~
        utk luar negara…
        ada satu entertainment korean show ad mempersendakan islam~~ tapi d whole muslim fan of dat show..suarakan pendapata n ask them an apology atas apa yg produksi tu buat secara terbuka~ dan permintaan mereka itu dibuat di utube..petition..etc..

        bahkan ad yg non muslim fan of dat show pon trut sign petiton tu n xsetuju cara tindakan show tu hina islam…benda ni berterusan almost 1 week..

        n finally produksi tu mintak maaf atas tindakan mereka n berjanji xkn menghina lg~~~

        so same goes laa kritikan yg kita buat ni..ianya supaya jd pengajaran buat suma pengarah SUPAYA ALERT.. jgn maen2 je nk BT FILM SEGALA ..konon ny nk bg laku..laku mmg laa laku..tp nt jawab laa dgn tuhan~~!!!

        sy bkn lah org yg alim dlm agama..tp sebagai muslim..sentap jgak bila senang2 je main2kan agama mcm tu…

        mintak maaf klo bhs kasar..tp kita perlu tegas..xlaa nt org kata islam sekarang .”buat aje ap kome nk bt..deme xmarah pon..sbb hiburan pny pasal!!”

        n dear pengarah~!!
        sila refer pd mn2 expert b4 bikin film o drama~!! jgn dok sombong bodoh sgt

        Reply
    3. MAT

      Assalamualaikum…nilah tanda2 akhir kiamat/zaman apabila artis diagung-agungkan ulama diketepikan..berapa ramai antara kita yang kenal ulama berbanding dengan artis di Malaysia ni..tengok la apa yg dah jadi..apabila filem LAWAK yang dibuat diketepikan sensitiviti agama bahkan menjadikan agama Islam itu sebagai satu point untuk buat lawak..apa korang ingat agama ni benda memain ka? kata Ulama ”pelawak ni x kan kaya sampai bila”.walaupon MELAWAK ni dijadikan satu kerjaya yang cemerlang di belah barat tp sedarlah saudara-saudaraku yang mereka tu org KAFIR,memang la apa yang mereka nak ALLAH bagi kat atas muka bumi ni tp kat SANA nanti .. . . hmmm..
      Wassalam

      Reply
  2. mamat

    Yang hiburan tulah kalau dibiarkan menjadi kebiasaan, maka kebiasaan menghina itu dianggap tidak apa oleh sesetengah masyarakat hatta yang beragama islam sendiri. Bagus kepada pengomen keranahukum dan syariat tetap takleh nak lawan. lawak hal lain…apatah lagi untuk keuntungan industri…Yang mempersenda sengaja atau tidak…menjawablah depan akhirat nanti…sekurang-kurangnya…menolak kemungkaran itu walau dengan hati…itu selemah-lemah iman…

    Reply
    1. kakiborak

      memang pon…tak sepatutnya jadi bgitu, klau ye pun nak
      buat filem kaji le dulu….ni la director2 kita yg tak brtanggungjawab smpi mengene[ikan agama islam
      demi fielm dia yg merapu banzing

      Reply
  3. tokdalang

    Ala…bukan sahaja lawak, cerita-cerita cinta yang kononnya berciri islamik tu….lelaki dan perempuan yang bersentuhan BERLAKON sahaja sebagai suami isteri, bukannya suami isteri secara SAH dan HALAL…bila tanya, UNTUK LAKONAN, UNTUK SENI….

    Reply
  4. setujuuu

    Memang setuju sangat hantu bonceng tu mainkan Islam and sunnah rasul. Siap main2 ikut sunnah plak pakai celak segalaa.. hiburan ke seni ke lawak murah ke ada limitnya tambah mende2 tu lagho, tak dapat pahala + buang masa and duit. Kepada yang suruh fikir secara terbuka tu, bawak2 mengucaplah. Orang Islam sendiri mainkan agama Islam, boleh plak bagi alasan macam2. Aii.. dunia akhir zaman

    Reply
  5. Hanya Comment

    yg saya perasan time di hospital dimana zizan mengucap x abis dan ketika yg kedua tuh.. asyhaduanna pas 2 die smbung syaitaaann… agak terkejutgak kat stu… tapi ok skit lah filem nie die buat untuk mat rempit2…. yg x ingat dunia x ingat mati hanya ingat enjoy…saya rasa ada banyak lagi filem2 syirik tapi kenapa saya hanya nampak Filem ini sahaja ditinggi2 kan ?.. cube buat sume ok jugak kan?. ^.^ atau saya x tau ade dh vid2 laen yg syirik dah dibincang kan kalau boleh beri kepada saya link bole saye bace2..

    Reply
    1. lee

      Lah…bila la filem Mlysia nak maju.. baru buat sikit,dah kena
      cakap mcm2.. B4 di panggung kan,make sure KERAJAAN dah tapis suma. ini bila dah kluarkan,baru nak kena ckp mcm2.. dah lah. mls nak support industri sendiri if mcm ni.

      Reply
  6. Buzzlair Voufincci

    Lame: Berfikir secara terbuka tidak memberikan kita pilihan untuk meletakkan agama dalam balang. Ideologi macam ni lah yang membenarkan konsep Gay atas dasar kebebasan manusia membuat pilihan. Sedangkan dalam Al-Quran jelas menunjukkan kehinaan benda ni dan kisah sebelumnya yang telah mengajar manusia zaman sebelum kita.

    Man: Hina tu tak la sangat – alasan ni boleyh pakai jika anda seorang yang meletakkan agama sebagai pilihan kedua dan kepuasan sendiri atas dasar entertainment sebagai pilihan pertama. Ini bukan memperbesarkan isu. Ianya cara kita dalam menyuarakan pendapat secara intelektual.

    These 2 people, take some time, think before you sleep. Think deeply. And reflect on what is your religion. Weight on humanity and the basic request of agama yang tak membebankan langsung selain kepada golongan yang menidakkan.

    To readers: Sama sama la kita doakan sesiapa sahaja yang terlibat dari pembikinan, ke panel penilai skrip kat finas, ke panel penilai penuh kat LPF, ke pelakon dan siapa saje lah, diberikan petunjuk, petunjuk yang mampu memberi impak besar kepada mereka, yang mmpu membuka mata mereka, supaya golongan ini bukan lagi menjadi pendakwah songsang. (penyampaian penghinaan melalui visual merupakan dakwah songsang yang viral dan medium paling mudah untuk menyesatkan orang, tidak bagi mereka yang imannya teguh)

    Pelakon pulak satu hal, because of money yang terhidang atas table semata mata, sanggup tutup mata pasal agama. I got the script from a friend of mine and 25 helai pertama skrip tu pun dah dapat identify how berat it is dalam menghina islam. Takkan Zizan dan yang lain takleyh pakai basic ilmu agama yang mak bapak dah ajar untuk membuat penilaian ringkas.

    Tapi benda ni takleyh nak cakap ape jugak. 90% of the people dalam industri memang suka pakai alasan seni untuk tidak mengikut islam. These people selalunya dalam state of denial – menggunakan ideologi matlamat menghalalkan cara, ilmu hakikat dan menentang hadis bagi menikmati kenikmatan dunia.

    Reply
    1. Zaini

      Saya setuju dengan pendapat Buzzlair… Kita dibenarkan berhibur tetapi dengan menjaga tata susila. Orang yang meletakkan agama sebagai keutamaan pertama hidupnya akan merasa keganjilan filem ini. So next time, dalam membuat apa-apa kerja, jangan letakkan agama sebagai keutamaan kedua kerana dengan meletakkan agama sebagai keutamaan kedua kita akan menghalakan yang haram seperti rasuah, claim palsu and so on termasuk apa yang berlaku pada filem ini. Hope future these guys will take all comments had been voiced up by malaysian as the guidances for them in order to produce more quality movies.. Hope so.. Wassalam.

      Reply
  7. Marikh Azahari

    Buzzlair Voufincci,
    Saya tertarik dengan pandangan dan ulasan anda yang penuh dengan ilmu dan ulasan munasabah. You have the original script? Do you mind if i request a copy? At least dapat menguatkan bantahan yang telah saya kemukakan di Pejabat Jakim Putrajaya. You may contact me via email marikh.azahari@gmail.com

    thank you

    Reply
  8. Abdul

    Orang yang menghina atau menfitnah Nabi Muhammad atau Islam bererti orang tersebut telah menafikan salah satu dari Rukun Iman. Pelakun Hantu Bonceng menghafal skrip anti-Islam tersebut dan pengarah menentukan pelakun itu berlakon mengikut skrip. Ini bererti penghinaan terhadp Islam dan Nabi Muhammad sengaja dilakukan!

    Jika kita menonton Hantu Bonceng, kita akan dapati nama nabi Muhammad disambung terus dengan perkataan ‘syaitan’ maka tidak timbul masalah senafas dua nafas seperti akad nikah! Amatlah memalukan pihak penapis filem dan JAKIM cuba mempertahankan Hantu Bonceng dengan alasan bodoh!

    Kita memang tahu pihak penapis filem telah meluluskan banyak filem tahyul untuk ditonton oleh orang ramai. Apakah alasan JAKIM dan LPF meluluskan banyak filem tahyul yang bertentangan dengan Islam?

    Dari Abu Zar, r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. memerintahkan daku dengan bersabda: “Hendaklah engkau memohon perlindungan Allah daripada angkara syaitan-syaitan manusia dan jin” Aku pun meminta penjelasan Baginda s.a.w. dengan berkata: “Ya Rasulullah, adakah manusia juga menjadi syaitan-syaitan.” Baginda menjawab: “Ya benar! “.
    (Imam Ahmad, Ibn Marduwaih dan al-Baihaqi)

    Reply
  9. david sloan

    aku tgk citew ni pun byak mempersendakan agama, mengucap xabis pahtu ley sambung ngn syaitan plak…ish..ish. main2 kan azan lg.. tgk aurat pompuan phtu azan…pe la.. yg bab ustaz(cat farris) plak…ley pas brubat org sebut Cantek..cantek… taw la gane pengarah ni mikir….lawak pun xbrape sgt..

    Reply

Leave a Reply