KUALA LUMPUR – Filem kontroversi, Dukun, mencatat sejarah buat syarikat penerbitannya apabila meraih kutipan tertinggi kira-kira RM1.5 juta pada hari pertama tayangannya, semalam.

Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, berkata jumlah yang diperoleh daripada 120 pawagam seluruh negara dan Brunei itu adalah yang tertinggi bagi filem terbitan serta edaran syarikat berkenaan.

“Astro Shaw berbesar hati mengumumkan filem Dukun membuka tayangan hari pertama di pawagam dengan catatan manis bersama kutipan menghampiri angka RM1.5 juta.

“Kami juga menerima berita baik daripada pihak pempamer apabila adanya penambahan lokasi tayangan, dengan jumlah keseluruhan 133 pawagam setakat ini,” katanya.

Bersandarkan rekod, kutipan pembukaan filem sulung arahan Dain Said itu hampir menyamai pungutan hari pertama KL Gangster sebanyak RM1.6 juta. Filem aksi berkenaan diterbitkan oleh Skop Productions pada 2011.

Terdahulu, naskhah lakonan Datin Seri Umie Aida, Faizal Hussein, Namron, Bront Palarae dan Hasnul Rahmat ini mencetuskan kontroversi sejak disiapkan 12 tahun lalu apabila kononnya ia sarat unsur ganas, khurafat dan menyinggung sensitiviti sesetengah pihak.

Ekoran kontroversi dan pelbagai spekulasi yang timbul, tayangan Dukun dikatakan ditunda beberapa kali sebelum menemui penonton bermula semalam.

Summary
Filem Dukun cipta sejarah, kutip RM1.5j hari pertama tayangan
Title
Filem Dukun cipta sejarah, kutip RM1.5j hari pertama tayangan
Description

Filem kontroversi, Dukun, mencatat sejarah buat syarikat penerbitannya apabila meraih kutipan tertinggi kira-kira RM1.5 juta pada hari pertama tayangannya, semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here