Wowberita http://wowberita.org Blog Berita Online Fri, 23 Nov 2018 10:59:08 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=5.0.3 Lelaki serang polis dengan pisau mati ditembak http://wowberita.org/lelaki-serang-polis-dengan-pisau-mati-ditembak/ http://wowberita.org/lelaki-serang-polis-dengan-pisau-mati-ditembak/#respond Fri, 23 Nov 2018 10:59:08 +0000 http://wowberita.org/?p=9559 PULAU PINANG – Seorang lelaki ditembak mati ketika cuba menyerang seorang anggota polis dengan sebilah pisau pemotong buah sepanjang kira-kira 18 sentimeter (cm).

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3.10 petang tadi di Jalan Ria berhampiran Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.

Katanya, ketika kejadian, anggota polis terbabit dipercayai cuba meleraikan pergaduhan di antara suspek yang berusia 41 tahun dengan seorang lelaki lain.

“Anggota tersebut telah memberi amaran lisan kepada suspek, namun dia masih nekad untuk menyerang mangsa.

“Sebagai langkah mempertahankan diri, anggota itu telah melepaskan tembakan mengenai kepala suspek yang mati di tempat kejadian,” katanya, di sini hari ini.

Tambah Che Zaimani, siasatan awal mendapati, suspek memiliki 15 rekod lampau yang terdiri daripada sembilan rekod jenayah dan enam rekod berkaitan dadah. – UTUSAN ONLINE

]]>
http://wowberita.org/lelaki-serang-polis-dengan-pisau-mati-ditembak/feed/ 0
Penggal, lapah dan rebus daging mangsa sebelum dimakan http://wowberita.org/penggal-lapah-dan-rebus-daging-mangsa-sebelum-dimakan/ http://wowberita.org/penggal-lapah-dan-rebus-daging-mangsa-sebelum-dimakan/#respond Wed, 31 Oct 2018 17:22:55 +0000 http://wowberita.org/?p=9547 SEORANG lelaki dan anaknya ditahan kerana memenggal kepala seorang bekas anggota polis sebelum melapah daging mangsa dan memakannya.

Penduduk bandar Saltivka, Ukraine digemparkan dengan penemuan mayat tanpa kepala yang dibuang berhampiran pintu bilik bawah tanah di kediaman milik suspek.

Kesan luka pisau pada mayat yang ditutupi longgokan beg sampah itu menunjukkan rusuk dan kaki mangsa telah dirobek dan dilapah.

Lelaki berkenaan bersama anak lelakinya berusia 20 tahun telah ditahan dan hasil pemeriksaan lanjut pihak polis mendapati kepala mangsa berusia 45 tahun itu, disorok dalam sebuah kotak yang diletakkan di balkoni .

Anak lelaki suspek berkata, ayahnya melapah daging kaki mangsa sebelum direbus dan memakannya bersama-sama.

Mayat mangsa dikatakan terpaksa dibuang bagi mengelak diketahui oleh saudara mara yang mahu datang menginap di rumah suspek.

Sumber polis berkata, mangsa yang dipercayai hilang sejak 4 Oktober lalu, meninggal dunia akibat tikaman di leher.

Siasatan rasmi terhadap kes telah dibuka dan jika sabit kesalahan, kedua-dua mereka bakal berdepan hukuman penjara dari 10 tahun hingga seumur hidup. – Dailymail

]]>
http://wowberita.org/penggal-lapah-dan-rebus-daging-mangsa-sebelum-dimakan/feed/ 0
Lans Koperal ditemui mati ditembak di kepala http://wowberita.org/lans-koperal-ditemui-mati-ditembak-di-kepala/ http://wowberita.org/lans-koperal-ditemui-mati-ditembak-di-kepala/#respond Wed, 24 Oct 2018 13:35:22 +0000 http://wowberita.org/?p=9542 IPOH – Seorang anggota polis berpangkat lans koperal ditemui mati dengan satu kesan tembakan di bahagian kepalanya di tepi kuaters di dalam Balai Polis Pekan Baru di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Hussain berkata, mayat mangsa yang berusia 29 tahun dan masih bujang itu dijumpai di belakang kuarters tersebut kira-kira pukul 6.15 pagi tadi.

Jelasnya, siasatan awal terhadap mayat mendapati, kepalanya tembus dipercayai terkena satu tembakan daripada senjata miliknya.

“Mangsa dipercayai baru dua hari melapor diri di Balai Polis Pekan Baru dan sebelum ini bertugas sebagai pasukan petugas khas Jabatan Siasatan Jenayah serta Bahagian Judi, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7).

“Setakat ini, kita sedang menyiasat beberapa perkara terutamanya kelongsong peluru yang ditemui di lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui pemberita di Balai Polis Pekan Baru di sini sebentar tadi.

Menurut Razarudin, polis sedang menyiasat punca kejadian dan masih terlalu awal untuk mengatakan mangsa telah bunuh diri atau mati dibunuh.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk dibedah siasat. – K! ONLINE

]]>
http://wowberita.org/lans-koperal-ditemui-mati-ditembak-di-kepala/feed/ 0
Pelajar tingkatan 3 rogol pelajar tingkatan 1 http://wowberita.org/pelajar-tingkatan-3-rogol-pelajar-tingkatan-1/ http://wowberita.org/pelajar-tingkatan-3-rogol-pelajar-tingkatan-1/#comments Tue, 23 Oct 2018 13:17:17 +0000 http://wowberita.org/?p=9539 SELAYANG: Dua pelajar lelaki tingkatan tiga, masing-masing didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan merogol seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun, dipercayai anak kepada seorang penggiat seni tanah air.

Kedua-dua tertuduh, masing-masing berusia 15 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa secara berasingan di hadapan Majistret Iriane Isabello.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh yang juga pesalah juvana, masing-masing didakwa merogol mangsa yang juga pelajar tingkatan satu, di dewan terbiar Kota Warisan Selayang dan di tandas perempuan Selayang Mall, antara Julai dan 20 September lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Shasha Hidayah Nor Azahar, menawarkan ikat jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam, dalam rayuan mereka menerusi ibu bapa masing-masing, memohon jaminan dikurangkan dengan alasan masih bersekolah dan jumlah pendapatan keluarga tidak menentu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 21 November ini untuk sebutan semula kes.

]]>
http://wowberita.org/pelajar-tingkatan-3-rogol-pelajar-tingkatan-1/feed/ 1
Tanah runtuh Pulau Pinang: 2 mayat dibawa keluar dari lokasi http://wowberita.org/tanah-runtuh-pulau-pinang-2-mayat-dibawa-keluar-dari-lokasi/ http://wowberita.org/tanah-runtuh-pulau-pinang-2-mayat-dibawa-keluar-dari-lokasi/#respond Fri, 19 Oct 2018 11:13:18 +0000 http://wowberita.org/?p=9536 GEORGETOWN – Dua mayat ditemui, sementara seorang cedera dalam tragedi tanah runtuh di tapak pembinaan jalan raya berkembar dari arah Paya Terubong menghala ke Relau, di sini, tadi.

Ketiga-tiga mangsa itu dijumpai kira-kira jam 5.08 petang tadi namun identiti belum diketahui.

Pada masa ini, pihak penyelamat sedang menjalankan kerja menyelamat di tapak runtuhan dan difahamkan sekurang-kurangnya 10 mangsa dipercayai tertimbus dalam kejadian tersebut.

Difahamkan, kesemua mangsa itu dijumpai di bawah kontena yang dijadikan tempat tinggal pekerja tapak pembinaan tersebut.

Lokasi kejadian berada kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian runtuhan rasuk yang berlaku minggu lalu.

Kedua-duanya merupakan Projek Pembinaan Jalan Berkembar Paya Terubong (Jalan Bukit Kukus) di bawah penyelenggaraan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Kejadian dipercayai berlaku pada jam 1.56 petang tadi.

]]>
http://wowberita.org/tanah-runtuh-pulau-pinang-2-mayat-dibawa-keluar-dari-lokasi/feed/ 0
3 dikhuatiri maut, 12 tertimbus tanah runtuh di Pulau Pinang http://wowberita.org/3-dikhuatiri-maut-12-tertimbus-tanah-runtuh-di-pulau-pinang/ http://wowberita.org/3-dikhuatiri-maut-12-tertimbus-tanah-runtuh-di-pulau-pinang/#respond Fri, 19 Oct 2018 09:26:33 +0000 http://wowberita.org/?p=9525 PULAU PINANG – Tiga dikhuatiri maut manakala 12 lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh di lokasi pembinaan lebuh raya di Bukit Kukus, Paya Terubong, Pulau Pinang.

Empat buah kontena tertimbus dalam kejadian tersebut.

Maklumat awal terdapat 10 mangsa turut tertimbus. Bagaimanapun, Penang Kini melaporkan dikhuatiri tiga maut manakala 12 lagi hilang.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, kejadian berlaku pada 1.56 petang dan kerja-kerja menyelamat masih berjalan. – MalaysiaGazette

]]>
http://wowberita.org/3-dikhuatiri-maut-12-tertimbus-tanah-runtuh-di-pulau-pinang/feed/ 0
Bayi maut, tiga anak parah dikelar ibu http://wowberita.org/bayi-maut-tiga-anak-parah-dikelar-ibu/ http://wowberita.org/bayi-maut-tiga-anak-parah-dikelar-ibu/#respond Thu, 18 Oct 2018 12:17:29 +0000 http://wowberita.org/?p=9512 BAYI lelaki berusia lapan bulan maut, manakala dua kakak dan abangnya parah selepas leher mereka dikelar dengan pisau oleh ibu kandung di kuarters sebuah pusat peranginan di Pulau Mantanani, dekat Kota Belud, hari ini.

Jerry Yohanes meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua kakaknya Nurul Hanisa, 8, Melati, 7, dan abangnya Jehan, 5, parah dileher kini menerima rawatan di Hospital Kota Belud.

Suspek berusia 30 tahun yang juga ibu kandung mangsa kemudian cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya sendiri, namun berjaya dihalang oleh suaminya.

Menurut sumber, suami kepada suspek dalam keadaan berlumuran darah meminta bantuan kepada Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 16 yang sedang membuat rondaan berhampiran sebuah pusat peranginan di Pulau Mantanani, jam 1.40 tengah hari.

“Lelaki itu dalam keadaan berlumuran darah meminta bantuan dan mengatakan bahawa empat anaknya parah dikelar di kuarters mereka.

“Susulan maklumat itu, sepasukan PGA Batalion 16 bergegas ke tempat kejadian bersama lelaki berkenaan. Sebaik tiba di lokasi kejadian didapati empat kanak-kanak termasuk bayi terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

“Namun bayi lelaki berusia lapan bulan dipercayai sudah tidak bernyawa dengan kesan kelar dilehernya. Tiga lagi kanak-kanak parah dan turut terdapat kesan kelar di leher,” katanya, hari ini.

Sumber berkata, ibu kepada mangsa turut ditemui parah di leher dipercayai cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya.

“Semua kanak-kanak yang parah dan ibu mereka dihantar ke Hospital Kota Belud menggunakan bot.

“Tiga kanak-kanak yang parah dan ibu mereka dilaporkan stabil,” katanya.

Difahamkan, suspek wanita itu mengalami kemurungan sebelum bertindak mengelar empat anaknya menggunakan pisau.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan seorang mangsa disahkan meninggal dunia.

“Polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

]]>
http://wowberita.org/bayi-maut-tiga-anak-parah-dikelar-ibu/feed/ 0
Keluarga tolak vaksin, anak 14 bulan maut akibat difteria http://wowberita.org/keluarga-tolak-vaksin-anak-14-bulan-maut-akibat-difteria/ http://wowberita.org/keluarga-tolak-vaksin-anak-14-bulan-maut-akibat-difteria/#respond Thu, 18 Oct 2018 08:26:45 +0000 http://wowberita.org/?p=9500 Semalam tular kes mengenai seorang bayi perempuan berusia 14 bulan meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria di Johor Bahru.

Bila digali, rupanya bayi itu tidak pernah menerima sebarang imunisasi difteria sebab keluarganya menolak imunisasi.

Mula Sakit Tekak Dan Disahkan Difteria

Bayi itu mula mengalami demam dan sakit tekak pada 4 Okt dan telah dibawa oleh ibunya mendapatkan rawatan awal di klinik swasta pada 11 Okt.

Keesokan harinya, bayi tersebut telah dibawa ke unit kecemasan hospital kerana sesak nafas dan hilang selera makan. Pesakit dimasukkan ke wad kanak-kanak dan seterusnya dimasukkan ke unit rawatan rapi pediatrik pada 13 Okt kerana keadaan semakin lemah dan memerlukan bantuan pernafasan,” kata kementerian itu.

Namun Allah lebih sayangkan nyawa si kecil, bayi tersebut meninggal dunia pada 15 Oktober akibat mengalami difteria yang teruk dan kegagalan multiorgan.

Buat mak ayah yang masih tak tahu tentang bahayanya difteria kepada anak-anak, boleh rujuk perkongsian jururawat, Bel Nawhen.

Apa itu difteria?

Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium Diphteriae yang tersebar melalui titisan cecair pernafasan.

Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas.

Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50 peratus.

Pembawa kuman ini adalah manusia sendiri dan berjangkit serta disebarkan melalui kulit, saluran pernafasan dan sentuhan dengan pesakit difteria.

Kadar kematian akibat difteria paling tinggi di kalangan bayi serta orang tua dan kematian biasanya berlaku dalam masa 3 hingga 4 hari.

Kesan Difteria

1) Saluran pernafasan boleh tertutup. Anak kita boleh mati sebab sesak nafas (Airway blockage).

2) Bila benda putih (pseudomembrane) dalam tekak itu tiba-tiba terjatuh dan tertelan, racun di dalamnya boleh merosakkan otot jantung (myorcarditis).

3) Selepas itu, boleh terjadi kerosakan saraf (neuropathy).

4) Boleh terkena jangkitan paru-paru (pneumonia).

Ini Tanda Dan Gejala Difteria

• Ada membran tebal warna kelabu yang melapisi tekak dan tonsil (ciri khas).
• Sakit tekak dan suara serak.
• Sakit ketika menelan.
• Kelenjar di leher membengkak.
• Kesukaran bernafas dan nafas cepat.
• Keluar cairan dari hidung.
• Demam dan menggigil.
• Malaise.
• Kanak-kanak tidak mahu bercakap.
• Batuk-batuk.
• Sakit kepala serta keluar air mata.

Macam Mana Difteria Boleh Dielakkan ?

Vaksin adalah cara terbaik untuk mengelak penyakit difteria. Kita sebenarnya telahpun berjaya mengawal penyakit ini, dan wabak ini sepatutnya tidak berlaku sekiranya kita sebagai ibubapa memastikan anak-anak kita mendapat vaksin.

Vaksin ini terkandung dalam Vaksin lima serangkai (5 in 1 -DPT-IPV-Hib) yang juga merangkumi vaksin untuk batuk kokok, polio, tetanus dan kuman Haemophilus Influenza-b.

Sebenarnya vaksin ini diberi percuma untuk semua kanak-kanak di klinik kesihatan kerajaan pada umur 2 bulan, 3 bulan, 5 bulan dan dos tambahan pada umur 18 bulan. Malah vaksin ini juga boleh didapati di klinik dan hospital swasta.

Sekiranya mak-mak terlupa untuk membawa anak ke klinik, masih belum terlambat dan vaksin boleh diberikan pada masa seawal yang mungkin.

]]>
http://wowberita.org/keluarga-tolak-vaksin-anak-14-bulan-maut-akibat-difteria/feed/ 0
Remaja meninggal ketika bersalin dalam bilik air http://wowberita.org/remaja-meninggal-ketika-bersalin-dalam-bilik-air/ http://wowberita.org/remaja-meninggal-ketika-bersalin-dalam-bilik-air/#respond Sun, 14 Oct 2018 14:06:27 +0000 http://wowberita.org/?p=9493 PARIT BUNTAR – Seorang remaja berusia 18 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika bersalin di rumahnya di Taman Tenggara di sini, hari ini.

Difahamkan pada kejadian jam 2 petang itu, remaja tersebut ditemui dalam bilik air bersama bayinya oleh orang awam sebelum laporan polis dibuat.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Siasatan lanjut akan dilakukan. Mayat remaja dan bayi terbabit dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat,” katanya.

]]>
http://wowberita.org/remaja-meninggal-ketika-bersalin-dalam-bilik-air/feed/ 0
Jenazah Saleem selamat dikebumikan http://wowberita.org/jenazah-saleem-selamat-dikebumikan/ http://wowberita.org/jenazah-saleem-selamat-dikebumikan/#respond Sun, 14 Oct 2018 13:45:16 +0000 http://wowberita.org/?p=9490 KUALA LUMPUR – Jenazah penyanyi Saleem atau nama sebenarnya A.M. Salim Abdul Majeed, selamat dikebumikan pada 2.15 petang ini di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Cheras di sini.

Allahyarham Saleem meninggal dunia kira-kira 6 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras dan disolatkan di Surau As-Syakirin di Bukit Mahkota, Cheras.

Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan dengan kehadiran keluarga, saudara mara, kenalan serta rakan artis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Saleem.

Isterinya, Juriah Bachok merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang hadir membantu beliau sekeluarga.

“Saya reda dengan pemergiannya…Dia (Saleem) seorang yang baik serta tidak pernah kacau orang lain,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan.

“Dia juga tidak mahu tunjuk dia sakit, memang lepas kemalangan dia tidak boleh bercakap banyak tetapi dia sentiasa positif,” jelas Juriah.

Saleem, 57, yang popular dengan lagu ‘Suci Dalam Debu’ bersama kumpulan Iklim, dimasukkan ke hospital akibat kemalangan jalan raya pada 20 September lepas yang antara lain menyebabkan kecederaan pada tulang rusuk.

Anaknya, Syafiq Farhain pula berharap karya bapanya akan terus segar di persada industri muzik tanah air.

“Terima kasih kepada semua pihak yang hadir hari ini,” katanya. – Bernama

]]>
http://wowberita.org/jenazah-saleem-selamat-dikebumikan/feed/ 0