Keputusan pengarah Azmi Hatta untuk berjumpa bekas isteri dan anak langsung tidak mengundang rasa cemburu kekasihnya Faye Kusairi.

Sebaliknya, kata pelakon ini, beliau menyokong sepenuhnya keputusan teman lelakinya.

“Kenapa saya perlu cemburu? Saya sokong keputusannya itu. Malah sebelum ini sayalah yang mencadangkan kepada dia,” katanya kepada ProjekMMO.

“Tapi saya tidak hebahkan kepada orang lain, lagi pun orang sudah membenci saya; kita kata apa, orang tidak akan percaya.”

Setelah selesai kes mahkamah dan jawab-menjawab di media tahun lalu dengan bekas isteri Elly Mazlein, Azmi dapat melawat anaknya Putri Sara Sefhia untuk pertama kali.

Azmi berkahwin dengan penyanyi itu pada November 2014 tetapi bercerai Oktober 2015 ketika wanita itu sedang hamil empat bulan.

Faye juga menjelaskan beliau dan Azmi masih sibuk untuk merancang lebih lanjut soal perkahwinan.

“Perancangan kahwin, insya Allah diteruskan. Hubungan dengan Azmi masih lagi baik tapi kami kini masih lagi sibuk dan hanya berhubung melalui telefon,” katanya.

LEAVE A REPLY