PELAKON Nur Fathia Latiff mengakui dia cuba didekati lelaki daripada satu parti politik yang mengajaknya dan model Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 32, bermalam di sebuah hotel.

Baca: Pemimpin PPBM ajak Zarina Anjoulie, Fathia Latiff ‘check-in’ hotel

Fathia menerusi pengurusnya, Danny berkata, lelaki berkenaan cuba untuk mendekati Fathia menerusi Instagram (IG) Zarina Anjoulie.

Menurut Danny, mereka tidak mengenali siapakah individu berkenaan sehinggalah Zarina memuat naik status berkenaan di IG miliknya dan mendapat reaksi media serta netizen seluruh negara.

“Kami tak kenal pun siapa lelaki itu. Mungkin dia terlihat gambar Fathia dalam IG Zarina dan mahu menggunakan IG Zarina sebagai medium untuk mendekati Fathia.

“Fathia sebelum ini pun pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi sehingga dia sukar mendapat tawaran berlakon.

“Sebab itu sekarang ini dia tidak mahu terbabit lagi dalam sebarang kontroversi dan hanya fokus kepada kerjaya seninya dengan memasuki kelas vokal dan memantapkan lakonan,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Menurut Danny, selepas isu terbabit menjadi tular, Zarina ada menghubunginya untuk berjumpa Fathia tetapi ditolak kerana Fathia enggan memanjangkan perkara itu selain dalam fasa untuk memulih imejnya.

“Mereka tidak bergaduh tetapi Fathia tidak mahu beritanya kembali menjadi bualan disebabkan kontroversi negatif kecuali berkaitan kerjaya seninya sahaja,” katanya.

Usaha wartawan untuk mendapatkan komen Zarina dan individu lelaki yang dimaksudkan sejak pagi tadi gagal apabila kedua-duanya tidak menjawab panggilan telefon dan membalas pesanan WhatsApp.

Berdasarkan sumber yang diperoleh, lelaki berkenaan adalah pegawai khas kepada Ahli Parlimen di negeri selatan tanah air.

Media sejak Isnin lalu melaporkan pelakon dan model seksi Zarina memuat naik gambar lelaki pertengahan usia yang didakwa mengganggunya dan Fathia termasuk mengajak mereka bermalam di hotel.

Menerusi akaun Instagramnya itu, Zarina turut memuat naik ‘screenshot’ perbualan WhatsApp dihantar lelaki berkenaan iaitu resit pembayaran dua bilik bernilai RM647.20.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.