Baru-baru ini, Zul Ariffin telah memuat naik gambar bersama pelakon Farah Nabilah.

Apa yang menarik tentang gambar tersebut (selain pinggang Farah dirangkul kemas ketat sendat padat) ialah Zul menggunakan emoji love di ruangan kapsyen – namun dipadam emoji tersebut dipadam dan diganti dengan emoji ikan lumba-lumba pula.

Tidak diketahui apakah niat sebenar Zul menggunakan emoji love itu pada mulanya. Ada dua kesimpulan boleh dibuat di sini, sama ada Zul memang dilamun cinta bersama Farah atau sekadar menyemarakkan api populariti yang kini sedang membara.

Apa pun, sebagai pelakon lelaki yang masih single, besar harapan peminat mahu melihat pelakon lelaki kesayangan mereka ini mempunyai teman hidup, lebih-lebih lagi Zul kini berseorangan setelah pemergian ibunya.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.