Bekas penyampai Hot FM, Fara Fauzana, 36, bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai Hafiz pada 17 September ini.

Dijadualkan berlangsung di Dewan Mustapha Kamal Neo Damansara, Fara Fauzana memberitahu, majlis tersebut dijangka bermula sekitar pukul 9 pagi.

Tambah bekas pengacara Nona itu, perkenalan mereka diaturkan oleh seorang rakannya kira-kira dua tahun lalu di sebuah majlis makan malam.

LEAVE A REPLY