Faktor Yang Menyebabkan Ekosistem Hutan Terganggu
Antara faktor yang menyebabkan ekosistem hutan terganggu ialah:
1. Pembinaan petempatan
Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan, saya dapati kawasan hutan di kawasan kajian saya ini telah banyak dimusnahkan untuk membina kawasan petempatan. Peningkatan permintaan rumah menyebabkan hutan yang tinggal sedikit dimusnahkan. Ini menyebabkan ekosistem hutan semakin pupus.
2. Pembinaan jalan raya
Pembinaanjalan raya merupakan satu faktor menyebabkan ekosistem hutan terganggu. pembinaan jalan raya telah menggunakan peralatan moden iaitu jentera-jentera berat telah membersihkan dan menebang kawasan hutan. Pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan ditebang. Oleh itu, hidupan liar pun hilang habitnya.
3. Pembinaan sistem perparitan
Pembinaan sistem perparitan juga menganggu ekosistem hutan. Banyak longkang atau parit konkrit dibina di kawasan hutan. Sebenarnya pembinaan sistem perparitan adalah untuk mengelakkan kejadian banjir kilat daripada berlaku tetapi pembinaan ini menyebabkan ekosistem hutan yang berdekatan terganggu.
4. Pertambahan penduduk
Apabila penduduk semakin bertambah dan permintaan terhadap petempatan juga akan meningkat. Kesannya, pihak pemaju perumahan berlumba-lumba membina kawasan petempatan yang baru atau meluaskan kawasan perumahan mereka. Ini akan memusnahkan kawasan hutan yang sangat luas.
5. Pertanian
Bertambahnya kawasan pertanian telah menyebabkan banyak kawasan hutan dicerobohi. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan ekosistem hutan turut akan musnah. Pengusaha tanah pertanian ini tamak membuka ladang-ladang pertanian tanpa memikirkan tentang kesan kepada alam ini dan seterusnya kepada ekosistem yang sedia ada.
Sebagai penduduk , saya rasa bertanggungjawab dalam memastikan ekosistem kawasan tempat tinggal saya terpelihara .
Incoming search terms:
- ekosistem hutan terganggu di kota kemuning
- faktor yang menyebabkan ekosistem hutan terganggu di kota kemuning
- faktor pembinaan jalan raya
- kesan ekosistem hutan terganggu di kota kemuning
- penarahan bukit
- kepentingan ekosistem hutan di kota kemuning
- kesan positif pembinaan jalan raya
- konsep ekosistem hutan terganggu di kota kemuning shah
- longkang konkrit
- faktor yang mempengaruhi hutan borneo
Share this article
Sign up free email newsletter
Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:Don't forget to confirm your email subcription




