Kemajuan sosial media kini yang memudahkan sesiapa sahaja mendaftar akaun baharu sama ada untuk kegunaan sendiri atau anak-anak seperti yang dilakukan oleh kebanyakan selebriti masa kini.

Kini Facebook dalam usaha untuk menguatkuasa undang-undang yang hanya membenarkan pengguna berusia 13 tahun ke atas dengan lebih tegas.

Dalam usaha untuk melaksanakan sekatan ini, akaun yang dikenalpasti sebagai individu yang belum mencapai 13 tahun haruslah dilaporkan kepada pihak Facebook dan kemudiannya akan diambil tindakan seperti pemantauan dan akhirnya dikunci.

Jika pengguna memohon untuk membuka kembali sekatan akaun, pengguna diminta untuk menunjukkan dokumen yang membuktikan umur pengguna sudah melebihi 13 tahun.

Dikhabarkan juga akaun Instagram bakal menguatkuasakan undang-undang ini memandangkan media sosial ini dimiliki oleh Facebook.

Mungkin ini caranya untuk menyekat pengguna kurang matang daripada terpengaruh dengan perkara negatif.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.