Demi menjayakan watak sebagai ibu ayam, Ezzaty Abdullah, 28 memberitahu yang dia terpaksa berpakaian seksi.

Namun aktres jelita ini berkata pemakaian tersebut adalah tidak keterlaluan dan ada batasan yang ditetapkan.

“Saya diminta berpakaian seksi untuk membawakan watak ini, kena pakai skirt dan seluar pendek tapi ada batas seksi yang saya tetapkan untuk diri saya.

“Seksi ada limit dan pakaian yang diminta saya pakai biasanya saya akan tunjukkan dahulu kepada suami,” ujarnya kepada mStar Online.

Lama tak selfie dengan awak @azwankombos 🌹

A post shared by Ezzaty Abdullah (@ezzatyabdullah) on

Tambah isteri kepada Azwan Kombos ini lagi, dia menolak ketika diminta membawakan watak sebagai perokok kerana ia adalah prinsip yang tidak akan dilanggar sejak menceburkan diri dalam bidang lakonan.

“Sepatutnya saya kena merokok bagi menhidupkan watak Elina tapi saya menolak kerana itu prinsip yang saya pegang dari dulu.

“Jika mereka mahu juga saya merokok mungkin saya tolak tawaran ini. Bagi saya perempuan tidak sepatutnya merokok.”

Menyentuh bab intim dalam drama yang dilakonkan bersama Beto, Ezzaty menyatakan adegan tersebut tidak dilakukan secara terperinci.

“Masa mula penggambaran lagi Beto tanya saya had sampai mana yang boleh kami lakonkan. Bila kami berbincang dan dua-dua setuju melakonkan secara asas untuk menyampaikan maksud sahaja tidak keterlaluan pun.” -CARI

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.