Pasangan penyanyi Akim Ahmad dan Stacy Anam memilih nama Eshaal untuk diberikan kepada puteri sulung mereka.

Membuat pengumuman menerusi laman Instagram Akim, penyanyi tersebut memuatnaik sekeping gambar yang tertera tulisan tangan dengan kapsyen berbunyi ‘Eshaal binti Afiq Hakim’.

Akim dan Stacy selamat menerima kelahiran cahaya mata sulung mereka pada jam 5.17 petang Jumaat lalu.

Akim atau nama sebenarnya, Afiq Hakim Ahmad, 26, sah menjadi suami kepada Ummu Syaikhah Stacy Anam, 27, di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Februari 2016.

Stacy dan Akim mempunyai seorang anak angkat bernama Bella yang kini berusia 5 tahun.

ESHAAL BINTI AFIQ HAKIM

A post shared by Afiq Hakim Ahmad / Akim Ahmad (@akimahmad) on

LEAVE A REPLY