TUARAN – Bekas pelajar Akademi Fantasia 2016 (AF 2016) maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah lori muatan tiga tan di Kilometer 17.8, Kampung Kelawat, Jalan Tamparuli-Ranau di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1 petang tersebut, mangsa, Zahrul Hilmi Badrul Hisam atau nama pentasnya, Emy yang berusia 25 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah pada bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superitendan Dzulbaharin Ismail berkata, sebelum insiden pemandu lori berusia 55 tahun dalam perjalan dari arah Ranau menghala ke Kota Kinabalu manakala mangsa pula dari Tamparuli.

“Difahamkan, sebaik melalui satu selekoh yang berbukit motosikal mangsa dikatakan hilang kawalan lalu memasuki lorong bertentangan dan bertembung dengan lori tersebut.

“Mangsa cedera parah pada bahagian kepala dan badan serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dimaklumkan, Emy sebelum ini diserap masuk dalam program realiti tersebut pada minggu ketiga selepas menjuarai pertandingan JoHaRockstar.

Bagaimanapun, dia tersingkir pada konsert kelima AF 2016. – K! ONLINE

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.