KUANTAN – Empat maut termasuk tiga beradik selepas kereta Perodua Viva yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 19 Jalan Lipis-Merapoh berhampiran Padang Tengku, Kuala Lipis dekat sini hari ini.

Kejadian pada pukul 9.40 pagi itu melibatkan mangsa tiga wanita dan seorang lelaki meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, seorang daripada mangsa yang maut ialah Nur Asmida Mohamed, 24, beralamat di Kampung Keluat Beris Kubur, Bachok, Kelantan.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.53 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lipis ke lokasi kejadian.

“Dua lelaki dewasa menaiki treler tidak mengalami kecederaan manakala empat mangsa iaitu tiga wanita dewasa serta seorang lelaki dewasa dalam Perodua Viva disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

“Anggota kami melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa tersepit, mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk dibedah siasat,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.