TAWAU – Gara-gara mabuk, seorang wanita gagal mengawal kereta Toyota Vios dipandunya sehingga terbabas lalu merempuh orang awam yang sedang berkumpul berhampiran sebuah rumah kedai di Pusat Komersial BDC di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.15 pagi itu, empat mangsa yang dirempuh maut serta-merta manakala seorang lagi cedera parah.

Kesemua yang maut adalah Hiew Nyuk Wei, 30; Clawence Wong Vun Kit, 21; Dicson Lim Kien Shing, 16, dan Chong Wei Chan, 21, mankalah mangsa yang cedera ialah Chin Quan Xiong, 21.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, suspek yang berumur 34 tahun dan hanya cedera ringan telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Kemalangan dipercayai berlaku semasa suspek yang memandu Toyota Vios dari arah bandar Tawau hendak ke Jalan Tiku, hilang kawalan apabila sampai di Jalan Chong Thien Vun lalu menyebabkan kenderaannya terbabas ke laluan bertentangan kemudian merempuh tiga lagi kenderaan serta beberapa mangsa.

“Siasatan kes masih dibuka manakala suspek iaitu pemandu wanita berusia 34 tahun itu masih ditahan dan akan direman mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.