Empat Dipercayai Lemas Kereta Terjun Sungai

Empat Dipercayai Lemas Kereta Terjun Sungai

“Saya terkejut sebaik mendengar dentuman seperti sesuatu objek besar jatuh ke dalam sungai, lantas berlari keluar rumah dan sempat melihat bahagian bumbung sebuah kereta yang semakin tenggelam,” kata Siti Fatimah Husin, 34.

Dia saksi kejadian kereta Proton Saga Aeroback dinaiki beberapa lelaki terbabas lalu menjunam ke Sungai Padang Kerbau, Titi Haji Idris, di Pendang, sebelum tenggelam dalam kejadian jam 1.30 tengah semalam.

Sungai Padang Kerbau dianggar selebar 10 meter dengan kedalaman lebih lima meter. Ketika kejadian arus sungai deras.

Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Setar, Mohd Faizul Ab Aziz berkata, pihaknya bergegas ke lokasi berkenaan dengan 20 anggota lain bagi gerakan mencari sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu. Katanya, operasi mencari itu turut dibantu 19 anggota daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, termasuk sembilan daripadanya daripada Bomba, Unit Menyelam.

Beliau berkata, maklumat awal daripada saksi serta orang ramai memaklumkan terdapat empat mangsa berada di dalam kereta berkenaan, namun operasi menyelam yang dilakukan pasukan JPAM gagal menjumpai sebarang kesan atau tanda berikutan arus deras sungai.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published.