Dilanda pelbagai kontroversi termasuk gambar dan video lucah, pelakon Atikah Suhaime mahu mengurangkan penampilan seksi.

Atikah, 26, berkata pengalaman lalu dijadikan pengajaran maka penampilannya kini lebih berhati-hati agar menjadi ikutan peminat yang berasakan sesuai.

“Saya akui kontroversi yang berlaku banyak mengajar dan membuatkan saya lebih berhati-hati terhadap sikap dan penampilan diri.

“Mungkin saya akan mengurangkan penampilan yang terlampau seksi.

“Saya mahu apa yang digayakan menjadi ikutan dan pastinya penampilan imej itu sepadan dan sesuai untuk semua.

“Diharap dengan imej baru dan penampilan baru memberi lebih semangat baru untuk saya lebih ke depan,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Pelakon filem My Stupid Boss pernah tertekan kerana dikaitkan video seks bertiga dengan dua pelakon lelaki baharu yang tersebar di internet.

Kesannya, Atikah pernah dibekukan stesen televisyen selama enam bulan sementara siasatan dijalankan.

Namanya disebut semula selepas foto intim bersama seorang lelaki tersebar di forum atas talian.

Satu foto menunjukkan lelaki berkenaan tidak berbaju dan hanya bertopi sambil memeluk seorang wanita.

Atikah bagaimanapun menafikan beliau adalah individu dalam foto berkenaan.

– See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/serik-kontroversi-atikah-suhaime-mahu-kurang-pakai-seksi#sthash.UORUWt8t.dpuf

LEAVE A REPLY