Ekonomi negara akan lumpuh tanpa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ujar Perdana Menteri, dakwaan pembangkang kononnya GST telah menyebabkan kemerosotan ekonomi domestik adalah tidak benar.

“(GST menyebabkan kemerosotan ekonomi domestik) adalah tafsiran pembangkang. Hakikatnya, GST adalah penyelamat ekonomi Malaysia.

“Tanpa GST, ekonomi negara akan lumpuh,” katanya menjawab soalan tambahan Liew Chin Tong (DAP-Kluang) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan tambahan Chin Tong sama ada kerajaan bersedia kurangkan kadar GST kepada tiga peratus kerana GST didakwa menyebabkan kemerosotan ekonomi domestik.

Mengulas berkenaan isu pertikaian Laut China Selatan, Datuk Seri Najib berkata sebarang pertikaian melibatkan isu antarabangsa, termasuk Laut China Selatan, perlu ditangani melalui dialog dan perundingan.

LEAVE A REPLY