PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak tahu tentang laporan mengenai penglibatan hartawan, Tan Sri Vincent Tan dan T7 Global Bhd. dalam projek Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

“Saya tidak tahu mengenainya. Saya tidak boleh memberi komen. Anda harus bertanya kepada Vincent Tan,” kata beliau pada sidang akhbar hari ini ketika diminta mengulas sama ada kerajaan akan mempertimbangkan semula untuk meneruskan projek ECRL kerana penglibatan Vincent Tan.

Dr. Mahathir berkata, beliau ‘ok’ dengan rancangan untuk membina landasan kereta api tetapi menegaskan bahawa kosnya perlu dikurangkan dan sebab itulah kerajaan sedang merundingkan semula dengan kerajaan China mengenai perkara itu.

Beliau berkata, terma-terma yang dicapai oleh kerajaan sebelum ini tidak membawa apa-apa kebaikan kepada Malaysia yang antara lain adakah pembayaran harus dibuat tanpa mengambil kira kemajuan projek.

“Semua terma ini perlu dirundingkan semula, dan jika kita memperoleh terma yang lebih baik, sudah tentu kita akan meneruskannya tetapi kita berharap untuk mengurangkan banyak kos memandangkan banyak salah laku telah dilakukan. – BernamaECRL: Dr. Mahathir tidak tahu penglibatan Vincent Tan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.