Dianggap memiliki rupa paras kacak, seorang guru lelaki di Sekolah Kebangsaan Satak, Raub, Pahang, kini memiliki lebih 56,000 pengikut di laman sosial Instagram.

Wan Mohd Khairi Wan Hassan, 29, berkata dirinya pernah menjadi penoreh getah di kampung asalnya di Felda Chalok Barat, Setiu, Terengganu sebelum melanjutkan pelajaran di institusi tinggi.

“Semasa menoreh getah bersama bapa di kampung, tidak pernah sekali pun terlintas dalam fikiran untuk pergi sejauh ini dengan memiliki kerjaya yang mulia apatah lagi mempunyai puluhan ribu pengikut di Instagram,” katanya dilapor Harian Metro hari ini.

Ikon Guru Peringkat Daerah Raub itu bagaimanapun tidak menganggap ia terlalu serius kerana baginya ramai lelaki yang lebih tampan daripadanya selepas ramai pengikut media sosial menjadikannya sebagai idola.

jom minum milo. sodapnyeerr.. #satakianz

A photo posted by Wan Mohd Khairi (@vnkery) on

“Saya sedar ada yang mula menanam minat mereka selepas melihat saya mengajar melalui gambar dan video pendek yang dimuat naik di laman Instagram saya.

“Jadi saya mula lakukannya demi kebaikan dan kepentingan kerjaya pendidik untuk tempoh panjang.

“Namun tidak mudah untuk mendapat apa yang saya miliki sekarang. Saya perlu bersenam secara konsisten, jaga pemakanan supaya berat badan tidak bertambah yang mana penting untuk dijadikan contoh kepada murid dan pengikut Instagram.

“Saya juga tidak boleh melakukan kesilapan yang boleh memburukkan kerjaya guru. Pendek kata apa yang saya lakukan kini mencerminkan generasi akan datang yang bakal mentadbir negara,” katanya.

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 Jabatan Pendidikan Negeri Pahang mula menjadi perhatian apabila menjual baju bayi berjenama @undercottage di Instagram.

Menjadi pujaan dan dipikat wanita hampir setiap hari, isterinya ketika mengulas berkata walaupun sedikit cemburu beliau percaya suaminya tahu batas hubungan.

“Suami pernah beritahu individu bergelar Datin pernah mengejarnya sehingga terpaksa bersembunyi untuk memasuki rumah di Kuala Lumpur namun saya hanya minta suami lebih berhati-hati,” kata Nur Hartini Mohd Ghani, 29, dilapor akhbar sama.

“Saya tidaklah mengatakan suami terlalu tampan sehingga mendapat perhatian sebegitu, namun inilah realiti menjadi isteri kepada ‘artis’ Instagram.”

LEAVE A REPLY