PETALING JAYA: Susulan dakwaan wang pelanggan hilang, Bank Simpanan Nasional (BSN) tampil memberi penjelasan bahawa tiada pemotongan atau pengurangan wang berlaku dalam akaun simpanan.

Menurut notis yang dimuat naik di Facebook rasmi BSN, pihaknya memohon maaf di atas kekeliruan dan kesulitan yang dialami pelanggan.

“Untuk makluman pelanggan, tiada sebarang pemotongan atau pengurangan wang dalam akaun simpanan anda.

“Ini adalah kerana sistem memaparkan jumlah baki untuk pengeluaran tidak termasuk dengan jumlah baki minimum pelanggan (mengikut jenis akaun),” jelas kenyataan tersebut.

Jelas BSN, sebanyak RM10 perlu dikekalkan dalam akaun sebagai jumlah minimum yang harus disimpan dalam akaun simpanan pelanggan.

“Untuk mengelak sebarang kekeliruan, sisitem akan memaparkan baki sebenar pelanggan dalam tempoh terdekat ini.

Awal pagi Rabu, kecoh apabila ramai pelanggan BSN mendakwa mereka kehilangan wang selepas bank tersebut menaik taraf perkhidmatan sejak 31 Ogos hingga 4 September.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.