pmPerdana Menteri Itali dan New Zealand mengumukan peletakkan jawatan masing-masing hari ini.

Perdana Menteri Itali Matteo Renzi meletakkan jawatan selepas kalah referendum mengenai reformasi perlembagaan.

“Pengalaman saya dalam kerajaan berakhir di sini,” Renzi memberitahu dalam sidang media selepas perubahan yang cuba dibawakannya menerima undian penolakan yang jelas.

Kempen undian penolakan yang diketuai Five Star Movement, telah memenangi referendum itu dengan 59.5 peratus.

Hampir 70 peratus rakyat Itali yang layak mengundi telah membuang undi mereka, dan ia dilihat sebagai maklum balas undian yang tinggi sekali gus menunjukkan betapa besar isu yang terkait dengannya.

Sementara itu, rakan sejawatannya dari New Zealand, John Key berundur kerana masalah keluarga.

Key berkata, beliau belum mempunyai sebarang rancangan masa depan dalam masa terdekat ini, tetapi memberitahu pemberita beliau akan kekal di Parlimen untuk mengelakkan pilihan raya kecil bagi kerusi itu.

LEAVE A REPLY