PONTIAN – Dua kanak-kanak perempuan berusia lima dan empat tahun lemas ketika mengikuti keluarganya berkelah di kolam rekreasi Lata Sri Pulai, Pekan Nanas, di sini pukul 1.15 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mustafa Bakri Salleh memberitahu, kedua-dua mangsa ditemukan lemas oleh orang ramai yang berada di pusat rekreasi tersebut.

“Ahli keluarga mereka kemudian membawa kedua-dua mangsa ke Klinik Kesihatan Pekan Nanas, sebelum dirujuk ke Hospital Pontian dan disahkan telah meninggal dunia.

“Punca kejadian dipercayai akibat kecuaian kerana tiada pemantauan oleh pihak keluarga semasa berkelah,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.