Isu LGBT ini hanyalah secebis dari kumpulan besar isu-isu yang bakal menguji umat Islam.
Jika anda berfikir bahawa isu LGBT ini hanya melibatkan isu penggunaan tandas, itu sangat naif sama sekali.
Ini kerana, sasaran akhir golongan ‘tertentu’ ini adalah bukan untuk memperjuangkan ‘hak asasi’, tapi untuk mengelirukan umat Islam dengan Islam itu sendiri.
Kenapa?.. Kerana harapannya, agar umat Islam itu menjadi lemah bila kemungkaran itu dianggap normal dan biasa.
Gambar di bawah adalah dari Masjid Ibn-Ruschd di Berlin, Germany.
Di masjid ini, Imamnya adalah wanita yang tidak menutup aurat, dan makmumnya adalah golongan lelaki dan perempuan LGBT bergaul bebas yang terang-terangan bangga dengan gaya hidup ‘songsang’ mereka.
Masjid ini mendapat liputan meluas media Eropah yang menganggapnya sebagai Liberal dan ‘terbuka’. Tidak seperti masjid lain yang jumud dan dianggap konservatif.
Inilah contoh normalisasi dosa yang bakal mengelirukan umat Islam sendiri.
Bagaimana rasanya bila anak-anak kita melihat kepelikan ini? Tidakkah anak-anak kita akan merasakan “Kenapa aku tidak boleh jadi macam mereka? Mereka juga Islam”
Adakah konsep bermesyuarat untuk mendengar pendapat dan bersangka baik masih boleh terpakai? Sedangkan niat mereka sudah jelas-sejelasnya.
Kini kita hanya ada dua pilihan. Beransur-ansur menerima kejelikan ini sehingga akhirnya kita sendiri keliru dengan Islam yang sebenar? Ataupun tegas menolak dari awal apa-apa kegilaan yang ingin merosakkan agama kita tanpa tolak ansur.
Mengatakan bahawa “kita harus berlembut, dan perlu memahami perasaan mereka” adalah tidak bertanggungjawab jika inisiatifnya terhenti setakat di mulut sidang media sahaja.
Jangan jadi terlalu naif mengiyakan apa sahaja atas dasar keterbukaan, sedangkan pihak lain sedang menyusun strategi sambil mentertawakan kebodohan kita.
Kredit: Fathul Farisan