“Itu wartawan China yang tulis. Dia ingat kami bercinta ke? kata jaguh badminton negara Datuk Lee Chong ketika ditanya mengenai surat terbuka yang kononnya ditulis pemain badminton China, Lin Dan untuknya.

Beliau menafikan mengenai surat itu sekali gus mengesahkan tidak menerima sebarang surat daripada Lin Dan dan itu hanya khabar angin.

Surat berkenaan viral di media sosial yang dikatakanluahan hati musuh tradisi Chong Wei itu sebaik tewas di separuh akhir badminton perseorangan lelaki di Sukan Olimpik Rio 2016.

Chong Wei ditemui dalam sidang media sejurus ketibaan kontinjen Olimpik Rio 2016 yang diadakan di Kompleks Bunga Raya, di sini, petang tadi.

Dalam surat yang kononnya diutuskan oleh Lin Dan mengisahkan sepanjang perjalanan mereka berdua di gelanggang badminton.

Antara ayat yang terkandung dalam surat berkenaan ialah Lin Dan mengucapkan terima kasih kepada Chong Wei.

“Ribuan terima kasih kerana disebabkan kamu, kita diiktiraf seperti juara yang lain sebagai pesaing yang hebat, ‘Lee-Lin’. Kita seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi di mana persaingan kita ini tiada kesudahannya.”

LEAVE A REPLY