Susulan penangkapan Muhammad Zul Apiz Baharum, 29, atau ‘Mat Tere’ kira-kira jam 3 petang sepupu lelaki itu yang dikenali Yusrizam Ahmad, 42, tampil memberikan kenyataan.

Yusrizam yang tinggal di Kampung Dendang, Ketereh yakin Mat Tere diperalatkan.

BACA: (Video) Hina TMJ, ‘Mat Terey’ Menangis Ketika Ditahan Polis

“Ini adalah kes aniaya dan saya harap Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat siapa dalang yang membuat video berkenaan.

“Dia adalah anak yatim yang mana ibunya sudah meninggal dunia dan kini tinggal bersama bapa saudara kami,” katanya.

Dia juga berharap polis menyiasat pihak yang bertanggungjawab kepada individu yang menpergunakan Mat Tere.

“Kami sekeluarga memohon jasa baik pihak istana Johor memaafkan apa yang berlaku atas kesalahannya kerana dia insan istimewa,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu kira-kira jam 10.15 malam hari ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Negeri, Mohd Azam Ismail megharapkan pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana dikategorikan tidak sempurna.

“Kami merayu dia tidak dikenakan tindakan undang undang berdasarkan dia dikategorikan sebagai individu kurang sempurna.

“Kami cukup yakin dia dipergunakan dalam isu ini memandangkan sudah beberapa kali dia menjadi viral video sebelum ini,” katanya yang juga Ketua Pemuda Umno Ketereh di sini, hari ini.

Terdahulu, satu rakaman yang disebarkan Mat Tere mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Difahamkan Mat Tere dikatakan ditangkap di bandar Kota Bharu yang ketika itu bersama rakan-rakannya.

LEAVE A REPLY