SRINAGAR, INDIA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dari Baramulla, Kashmir dilaporkan dinoda abang tiri dan dua rakannya setelah dihasut ibu tiri mangsa.

Dek kerana rasa cemburu terhadap anak kecil yang menjadi kesayangan suaminya, si ibu tiri sanggup menghasut anak lelakinya berusia 14 tahun untuk menoda mangsa di depan matanya sendiri.

Dalam kejadian 24 Ogos lalu, mangsa dibawa ke kawasan hutan sebelum dinoda abang tirinya serta dua lagi remaja masing-masing berusia 14 dan 19 tahun.

Mayat mangsa yang mereput ditemui Selasa lalu dalam satu operasi menyelamat setelah si ayah melaporkan kehilangan anaknya.

Apa yang lebih menyedihkan, mangsa bukan sahaja dinoda malah turut diseksa sebelum menemui ajal.

Si ibu tiri dipercayai mencekik mangsa sebelum si pelaku memukul kepala mangsa dengan kapak.

Derita mangsa tidak berakhir di situ, si pelaku kemudian mengorek keluar mata mangsa, dan mencurahkan asid ke tubuhnya sebelum membuang mayat kecil itu berhampiran kawasan semak.

Menurut pegawai kanan polis Baramulla, Mir Imtiyaz Hussain, ketika soal siasat, si ibu tiri mendakwa suaminya meluangkan lebih masa dengan keluarga madunya terutama mangsa yang merupakan anak kesayangan.

Wanita itu serta tiga remaja berkenaan kini berada dalam tahanan polis sementara menunggu tindakan selanjutnya.- NDTV

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.