Tiga pekerja wanita dan seorang pemilik sebuah taska direman dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan berhubung gambar viral yang memaparkan beberapa kanak-kanak diikat, dipercayai menjadi mangsa dera.

Perintah dikeluarkan Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah di sini hari ini.

Kesemua mereka ditahan semalam di dua lokasi berasingan di Bangi.

Tiga pekerja taska berusia 20an terbabit ditahan di Taman Mutiara, Bandar Baru Bangi manakala pemilik taska ditahan di kediamannya di Kajang Prima, Bangi.

Empat suspek terbabit dibawa dengan sebuah trak memasuki mahkamah majistret kajang pada pukul 9.30 pagi tadi.

Tinjauan di taska yang terletak di Bandar Baru Bangi hari ini mendapati taska terbabit berkunci dan tiada penghuni.

Gambar curi yang diviralkan dalam media sosial itu antara lain memaparkan gambar tiga kanak-kanak dengan keadaan tangan dan mulut ditutup.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan di hospital mendapati kanak-kanak terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

LEAVE A REPLY