Semalam diumumkan hari mengundi untuk Pilihan Raya ke-14 jatuh pada 9 Mei ini. Berbeza dengan tahun sebelum ini, waktu mengundi selalunya diadakan pada hari minggu. Namun kali ini hari mengundi jatuh pada hari bekerja iaitu hari Rabu.

Jadi pada hari tersebut, boleh atau tidak kita sebagai pekerja meminta kebenaran pada majikan untuk balik mengundi?

Seorang pengguna Twitter kongsikan hukuman yang akan dikenakan kepada majikan yang tidak membenarkan pekerja balik mengundi. Baca perkongsian individu ini.

Mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, majikan yang tidak membenarkan pekerja cuti untuk mengundi boleh dikenakan denda sebanyak RM5,000.

Menurut individu tersebut, pengurusan fakulti terdiri daripada kalangan pekerja dan mereka pun akan balik mengundi. Kemungkinan besar tiada kelas yang akan diadakan pada hari tersebut.

Buat pekerja yang bakal mengundi 9 Mei nanti, jika majikan anda tak berikan cuti, tunjuk je artikel ini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.