Peniaga permaidani Deepak Jaikishan hari ini memaklumkan kepada hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Hue Siew Khong bahawa beliau berhasrat memfailkan prosiding pihak ketiga untuk mendapatkan indemniti terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya, Rosmah Mansor dan enam yang lain berhubung saman yang difailkan A Santamil Selvi dan tiga anaknya.

Ini berikutan Mahkamah Rayuan minggu lalu membenarkan Najib dan Rosmah membatalkan saman kedua yang difailkan balu kepada penyiasat persendirian, P Balasubramaniam itu.

Selain Najib dan Rosmah, enam perayu yang lain ialah adik Najib Datuk Mohd Nazim, Datuk Ahmad Johari, peguam Tan Sri Cecil Abraham dan Sunil Abraham, peguam Arulampalam Mariampillai dan Pesuruhjaya Sumpah Zainal Abidin Muhayat.

Deepak yang diwakili peguam, RK Nathan, manakala peguam Americk Sidhu yang mewakili Santamil Selvi bertemu hakim Hue di kamarnya.

Beliau memberitahu pemberita bahawa penting bagi Najib dan Rosmah dibawa ke mahkamah dan defendan lain menjadi saksi dalam kes itu.

“Inilah yang dinyatakan dalam pernyataan pembelaan saya,” katanya.

Sementara itu, Americk mengesahkan bahawa mereka akan memfailkan permohonan untuk kebenaran merayu di Mahkamah Rayuan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.