Meskipun tidak memiliki sebarang bakat untuk dibanggakan, namun populariti yang dimiliki oleh Nur Anizah Tahang atau ‘Awek Cendol’ ini setaraf artis popular.
Sering kali dilihat sentiasa bersama teman lelakinya, ramai yang meramalkan perhubungan mereka itu bakal berakhir ke jinjang pelamin.
Namun, terdapat desas-desus di media sosial yang mengatakan perhubungan Nija dengan teman lelakinya, Aiman telah pun berakhir apabila kedua-dua mereka memilih untuk memutuskan perhubungan mereka itu.
Ramai yang menyalahkan Nija kerana berlaku curang selepas menjadi seorang public figure dan memiliki pendapatan sendiri.
Bagaimanapun, menurut beberapa orang netizen yang lain, punca hubungan mereka putus disebabkan oleh Aiman yang bermain kayu tiga dengan kawan baik Nija sendiri.
Menerusi Instagramnya, Nija telah memuat naik di Insta Story gambarnya bersama seorang lelaki yang dipercayai kekasih barunya ketika bercuti di Langkawi.
Gambar mesra Nija dengan lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Izzat itu telah menguatkan lagi desas-desus yang mengatakan dia sudah pun memiliki teman lelaki yang baru.
Setakat ini tidak dapat dipastikan punca sebenar berakhirnya hubungan cinta mereka itu. Namun pemeriksaan kami di laman Instagram Nija telah mendapati dia telah membuang ke semua gambar beliau bersama dengan teman lelakinya itu.
Sama ada benar atau tidak, kita sama-sama nantikan pengumuman daripada Awek Cendol itu sendiri.
Sumber : Twitter