Daniel Craig kembali sebagai Bond dalam Skyfall

By | October 15, 2013

Siri terbaru filem francais James Bond, Skyfall, didedahkan semalam dengan pelakon Daniel Craig kembali memegang watak sebagai ejen 007.

Pemenang anugerah Oscar, Sam Mendes pula akan mengarahkan filem yang dijadual ditayangkan lewat 2012, lima dekad selepas Sean Connery buat pertama kalinya memegang watak sebagai ejen perisikan dalam siri pertama filem paling popular di dunia itu.

Pelakon Sepanyol, Javier Bardem akan melakonkan watak penjahat, manakala Judi Dench kekal sebagai ketua agensi perisikan M16 yang juga ketua kepada Bond.

Antara pelakon lain termasuklah Ralph Fiennes dan Albert Finney, sementara ‘gadis Bond’ dimainkan oleh pelakon Perancis, Berenice Marlohe dan pelakon Britain, Naomie Harris.

Leave a Reply