Semalam, berita tentang sebuah sekolah di Pasir Mas, Kelantan yang didakwa menyediakan menu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang tidak berkhasiat menjadi topik perbualan hangat netizen.

Namun, selepas isu itu viral, guru di sekolah berkenaan tampil memberi penjelasan tentang perkara tersebut.

Menurut guru terbabit, Nur Athirah Aripin, kes itu mula viral apabila seorang guru di sekolah tersebut memuat naik perkara itu di Facebook.

“Al-kisahnya hari ni bermula UPSR. So ada seorang bapa pelajar juga seorang guru datang hantar anak ke sekolah.

“Hantar anak di awal pagi. Masih awal utk pelajar2 kami sampai. So mmg logik lah makanan RMTS masih tidak terusik.”, tulis guru berkenaan.

Tambah puan Athirah lagi, informasi yang diberi oleh guru berkenaan tidak tepat kerana menu hari itu adalah Nasi Goreng Cina, bukan lah nasi putih seperti yang didakwa.

“Menu hari ini Nasi Goreng Cina(mengikut menu kementerian), tembikai dan milo. Nasi goreng cina ni penender kami dgn inisiatif sendiri siap tambahkan sosej+colourful egg utk menarik minat budak utk makan. Kalau u guys guru mmg akan tahu yg budak2 susah yg amat nk makan RMTS.”

“Sedih kami bila benda tak benar disebarkan. Kami terpaksa menjawab dengan pelbagai pihak. PPD sendiri dah turun. PIBG dah turun. No issue at all! And please guys. If nampak any post pasal ni,do tag me.”, kata puan Athirah.

LEAVE A REPLY