Seorang wanita, Amina Jasmine telah berkongsi sebuah kisah mengenai arwah ibunya yang sarat dengan pengajaran untuk dijadikan sebagai pedoman hidup kita semua.

Menurut Amina Jasmine, jenazah ibunya masih terpelihara dan tidak berbau walaupun sudah dikebumikan 12 tahun lalu.

Ikuti perkongsian Amina Jasmine di bawah.

Alhamdulillah selesai pemindahan kubur mak.

12 tahun mak pergi mengadap Illahi. Jenazah mak elok, masih dlm keadaan kiam. Kain kafan mak tak koyak, bantal dan tali masih ada. Susuk badan mak jelas dipandangan mata kami yang menyaksikan tadi. Cukup sifat dan tak berbau. Allahuakhbar, Maha Suci Allah.

Dia wanita yang lembut. Tak suka mengata org lain, tak suka mencerca orang lain. Mak sangat mudah mengalirkan air mata. Hatinya bak tisu mudah terkoyak. Setiap cerca orang mak balas dengan senyuman dan air mata. Dengan suami mak bersabar.

Dan siapa sangka dalam kepadatan Tanah Perkuburan Bukit Alip, mak dapat dikebumikan sebelah kubur arwah ayah. Maha Suci Allah.

Setelah 12 tahun mak pergi, Allah beri aku ‘sesuatu’, tentang hidup ni, hati ini dan keinsafan ini.

Cari redha Allah.

Sumber: Amina Jasmine

Maha Suci Allah jodoh mak dan ayah, dapat mak dikebumikan di sebelah kubur ayah.

Anak-anak tak pernah jumpa tok mak nya. Sengaja saya bagi mereka tengok. Buat pertama dan terakhir tok mak mereka.
Sewaktu proses gali semula Tanah Kubur Kampung Pendas Laut.
Banyak kubur-kubur telah digali. Masih dalam proses di Kampung Pendas Laut.
Jenazah mak.
Tali kain kafan mak setelah 12 tahun. Masih elok tak reput berada disisi mayat.
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.