culik-bayi-5-hariSepasang suami isteri dihadapkan ke mahkamah hari ini atas pertuduhan menculik seorang bayi perempuan berusia lima hari di Wad Kanak-Kanak, Hospital Tanah Merah minggu lalu.

Ahmad Abdul Muizz Halim, 26 dan isterinya, Nur Rashedah Che Faizo, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Tertuduh didakwa menculik bayi kepada Siti Norbaiti Bahanaharing yang ketika itu baru berusia lima hari daripada jagaan yang sah di sisi undang- undang iaitu Pengarah Hospital Tanah Merah.

Perbuatan didakwa dilakukan pasangan itu pada pukul 6.47 petang, 15 November lalu.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan hendaklah dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Idham Abdul Ghani manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Ahmad Idham mencadangkan tertuduh diikat jamin RM20,000 setiap seorang atas alasan kesalahan jenayah yang dilakukannya adalah serius selain mendapat liputan luas media.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

LEAVE A REPLY