pencukurMereka yang mencukur, menipis atau membuang bulu ari-ari lebih mudah terdedah pada jangkitan penyakit berkaitan seks (STI), menurut satu kajian.

Tinjauan melibatkan lebih 7,500 warga Amerika Syarikat yang berusia 18 to 65 tahun mendapati mereka yang gemar mengemas bahagian itu 80 peratus lebih berisiko mendapat STI, lapor AFP.

Bagi penyakit tertentu, seperti herpes dan chlamydia, risiko jangkitan paling tinggi di kalangan mereka yang kerap dan “giat” mengemas bahagian ari-ari, kata penyelidik.

Kajian ini hanya meninjau hubungan antara mengemas bulu ari-ari dengan penyakit kelamin dan tidak dapat menentukan sama ada ia menjadi penyebab jangkitan.

Namun pengarang kajian itu berhujah mencukur atau membuang bulu kemaluan dengan lilin menyebabkan ada “koyakan mikro” pada kulit yang memudahkan virus masuk.

Berkongsi pisau cukur juga menambahkan risiko tersebut, kata mereka lagi dalam makalah yang diterbit dalam jurnal Sexually Transmitted Infections.

Satu lagi penjelasannya, kata penyelidik, mereka yang suka mengemas bulu di celah paha itu mungkin lebih terlibat dengan seks berisiko berbanding mereka yang tidak berbuat demikian.

LEAVE A REPLY