Cukai pelancongan RM10 untuk satu bilik bagi setiap malam yang dikenakan kepada pelancong asing merupakan kadar yang “sangat minimum” dan “tidak membebankan”, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Mohamaddin Ketapi.

Dalam jawapan bertulis parlimen, Mohamaddin berkata kementeriannya sudah mengkaji cukai berkenaan dan berdasarkan pelaksanaan di negara lain ia memberi kesan positif.

Antara negara yang disebutnya adalah AS, Belanda, Itali, Singapura, Thailand, Arab Saudi dan Jepun.

“Cukai pelancongan yang sudah dikuatkuasakan sejak 1 September tahun lalu hanya dikenakan kepada pelancong asing sahaja. Oleh itu cukai ini tidak membebankan rakyat negara ini.

“Setakat ini tiada rungutan yang diterima daripada pelancong asing ke atas cukai ini,” katanya sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh Danyal Balagopal Abdullah (PH-Port Dickson).

Awal bulan ini, Mohamaddin berkata kemeeteriannya akan mengkaji semula cukai berkenaan yang dikritik pihak industri pelancongan ketika diperkenalkan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.