PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan menafikan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penghapusan cukai barang dan perkhidmatan (GST) berkuat kuasa 1 Jun ini.

Menurut jurucakap daripada bahagian komunikasi kementerian berkenaan, setakat ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan berhubung perkara tersebut.

“Pihak MOF (Kementerian Kewangan) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu,” katanya.

Kenyataan akhbar palsu dikesan tersebar di media sosial mengenai penghapusan GST bermula 1 Jun ini dan tiada cukai baharu dikenakan sepanjang dua tahun pertama pentadbiran Pakatan Harapan. – UTUSAN ONLINE

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.