Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan W27

Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka, soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Penolong Akauntan, Gred W27.

Peperiksaan ini melibatkan dua kertas berasingan. Setiap kertas adalah penting untuk prestasi mengukur calon. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja.

Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) termasuk lulus ’Assessment Centre’ akan ditemu duga.

Format Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan W27

Ujian ini mengadungi dua seksyen iaitu:

(i) Seksyen A – Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

(ii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Dapatkan : PANDUAN & CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN BERTULIS PENOLONG AKAUNTAN W27

Seksyen A – Pengetahuan Am Mengenai Malaysia Dan Alam Sekeliling

Masa: 40 minit
Bilangan Soalan: 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik. Calon-calon sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini.

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Masa: 45 minit
Bilangan Soalan: 40

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan;

(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

(iii) Konsep-konsep Matematik
Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon. Calon-calon dalam jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).

Dapatkan Contoh-Contoh Soalan dan Tips Menjawab Soalan PEPERIKSAAN BERTULIS PENOLONG AKAUNTAN W27 di: http://www.penolongakauntan.com/hop.php?ref=wowberita

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published.