Cinta palsu RM1j

By | January 12, 2014

Seorang wanita kerugian RM1 juta apabila ditipu lelaki warga Afrika yang mengaku sebagai jurutera syarikat cari gali minyak di pantai timur.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Lim, 47, sebelum itu berkenalan dengan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Kevin Axcel Brown atau Joe, 48, sejak September lalu melalui sebuah laman web cari jodoh.

Ketua Jabatan Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, Lim mula mengenali Joe yang menyamar warga Kanada dan bekerja di sebuah syarikat cari gali minyak.

“Mereka hanya berhubungan melalui telefon sebelum Joe merayu Lim memasukkan wang berjumlah RM1 juta ke dalam akaunnya kerana terdesak memerlukan wang bagi menguruskan satu projek syarikatnya.

“Tertipu dengan pujuk rayu Joe, mangsa memasukkan wang ke dalam tiga akaun berbeza yang kemudian dikenal pasti pemilik akaun berkenaan seorang wanita warga tempatan.

Leave a Reply