Lim Guan Eng mengumumkan ADUN Padang Kota Chow Kon Yeow akan menjadi ketua menteri Pulau Pinang yang baru.

Ia bagi menggantikan tempatnya yang akan memegang portfolio kewangan di peringkat persekutuan.

Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, hari ini merupakan hari terakhirnya sebagai ketua menteri sementara.

“Dengan berat hati saya akan meninggalkan Pulau Pinang, tetapi negeri ini akan sentiasa di hati saya.

“Anda boleh keluarkan saya dari Pulau Pinang, tetapi anda tidak boleh keluarkan Pulau Pinang daripada saya,” katanya pada sidang media di Komtar, sebentar tadi.

Chow yang juga pengerusi DAP Negeri menyatakan penghargaan kepada Lim atas peluang sebagai ketua menteri kelima.

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan menteri kewangan baru agar kita dapat menjayakan projek untuk manfaat kepada rakyat,” katanya.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.